Posts

Showing posts from June 5, 2016

Featured Post

Komik Islami Modern

Image
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. Sungguh beruntung orang yang banyak diam Ucapannya dihitung sebagai makanan pokok Tidak semua yang kita ucapkan ada jawabnya Jawaban yang tidak disukai adalah diam Sungguh mengherankan orang yang banyak berbuat aniaya Sementara meyakini bahwa ia akan mati Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Seseorang mati karena tersandung lidahnya Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya (hadits no. 6474) dari Sahl bin Sa’id bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ “Barang siapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) sesuatu yang ada di antara dua janggutnya dan dua kaki...

DOA WAKTU DUKA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Banyak doa-doa sedih/duka yang ada dalam blog. Diantara satu yang baik dibaca ketika berduka atau bersedih diatas sesuatu perkara yang berlaku dan menyentuhkan kalbu, perasaan yang tidak terkawal bacalah doa ini semuga terubat akan hati yang duka itu. Jangan cari lain-lain alternatif untuk menghilangkan kesedihan seperti mengambil dadah, minum minuman keras yang paling teruk ada yang bunuh diri. Wallahua'lam. Maksudnya : "Tiada tuhan kecuali Allah Yang Maha Besar lagi Maha Penyantun, tiada tuhan kecuali Allah Tuhan "Arasy Yang Maha Agung, tiada Tuhan kecuali Allah, penguasa langit-langit dan bumi, Penguasa 'Arasy Yang Mulia." Wasallam .

DOA MEMOHON DIJAUHKAN DARI EMPAT BAHAYA BESAR

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa ini baik dibaca setiap kali lepas solat supaya Allah SWT jauhkan diri kita dan ahli keluarga dari 4 bahaya besar ini. Bala dari Allah SWT, Kesengsaraan, Buruk Nasib dan Fitnah/Cemuhan Orang. Kita sentiasa berserah diri pada-Nya mestilah selalu berdoa semuga senantiasa dipelihara dan dilindungi-Nya. Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari bala, jurang kesengsaraan, buruknya nasib dan cemuhan lawan." Wasallam.

DOA MEMOHON KEDUDUKAN YANG BAIK

Image
Jika hidup anda masih susah, kekurangan serba-serbi, selalu dipandang hina atau ingin mendapat peluang yang baik dalam karier. Setelah puas berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi masih tidak juga berjaya atau berubah.  Usaha yang bersungguh-sungguh mestilah diiringi dengan doa memohon kepada-NYA baru mendapat keberkatanNya.  Dibaca tiga (3) doa dibawah ini sebanyak tiga (3) kali pada waktu pagi dan pada waktu malam, insyaAllah, Allah SWT akan menyempurnakan nikmat pemberian kepada mereka yang mengamalkannya. Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah dengan redha-Mu kelemahan itu, tariklah menuju kepada kebaikan, jadikan agama Islam puncak kesukaanku. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina, maka angkatlah darjatku ini, sesungguhnya aku miskin, maka berilah kekayaan kepadaku, ya Tuhan yang sangat kasih dan sayang kepada hamba-Nya." Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku hadapi pagi hari yang ...

DOA MENGHADAPI PEKERJAAN YANG SUKAR DAN SULIT

Image
Salam Pembaca, Kepada isteri yang mempunyai suami yang bekerja sebagai polis, tentera, bomba atau pasukan penyelamat atau lain lain pekerjaan yang banyak risiko. Bolehlah suruh che abang tu! baca doa ini bila dipanggil untuk tugas-tugas merbahaya.  Sebelum keluar rumah baca dahulu "Doa Keluar Rumah" dan baca doa ini supaya selamat pergi bertugas dan selamat kembali ke pangkuan keluarga. Maksudnya : "Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah kecuali memang Engkau yang menjadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikannya segala yang sulit itu menjadi mudah jika Engkau kehendaki." Wasallam.

DOA WAKTU MELIHAT YANG BURUK DAN YANG BAIK

Image
PENAGIH DADAH SEDANG PEKENA... Salam Pembaca, Mulut selalu kena jaga daripada menyebut perkataan yang tidak baik. Jangan terlalu "laser". Apabila melihat sesuatu perkara-perkara yang tidak baik. Jangan hina atau kutuk melainkan perkara itu melanggar hukum-hukum Islam.  Apa yang dikata, menghina atau mengutuk kadang-kadang terkena balik kepada diri sendiri. Contoh: Apabila melihat penagih dadah sedang lentuk ambil dadah, jangan kutuk. Takut nanti anak sendiri pula yang ketagih dadah. "Dan apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang tidak disenangi baginda, maka baginda mengucapkan: "Alhamdulillahi a'ala kullihi haalin." Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya sempurnalah yang shalihat (Yang Baik)." "Segala puji bagi Allah pada setiap waktu."(Yang Buruk). Wasallam.

DOA MEMOHON DIRI DIJAUHKAN DARI AZAB

Image
Azab Allah SWT di dunia ini tidak seorang pun sanggup menghadapinya inikan pula azab di alam kubur dan seterunya di hari akhirat kelak. Sebagai seorang hamba Allah yang banyak berbuat dosa. Segeralah bertaubat, takutlah azab Allah itu. Dalam Surah Ali Imran, Ayat 56 yang maksudnya: "Bagi orang-orang yang tidak percaya, Aku akan mengazabkan mereka dengan azab yang keras di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong-penolong." Berdasarkan dari surah itu di dunia pun Allah SWT akan mengazab hambaNya yang melakukan kemungkaran. Marilah kita selalu bermohon kepadaNya supaya dijauhkan azab di dunia mahupun di akhirat. Biarlah kehidupan ini berlangsung dengan kesejahteraan dan kebahagiaan supaya kita dapat beribadat kepadaNya. DOA MEMOHON DIRI DIJAUHKAN DARI AZAB Maksudnya : "Wahai Tuhan Yang Hidup selamanya, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berkehendak kepada sesiapapun) wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, tiada Tuhan kecuali Engkau, ...

DOA UNTUK ANAK DAN SUAMI PANAS BARAN

Image
Salam Pembaca,  Masalah sikap panas baran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan anak-anak memang tidak dapat dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang aman. Sudah menjadi lumrah hidup. Bak kata perpatah melayu "Sedang lidah lagi tergigit".  Tetapi sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan. Isteri kena pukul,ditendang dan ditampar. Ada yang sanggup tendang perut isteri yang sedang mengandung. Ada yang lebih teruk lagi sampai ada diperlakukan seperti binatang, diseterika muka dsbg.  Sebelum berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini "pijak semut tak mati" tiba-tiba berubah sikap. Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri itu. Bermacam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Maki hamun yang kurang ...

DOA AGAR DAPAT PEKERJAAN ATAU JODOH

Image
Salam Pembaca, N3 ini sebagai permintaan dari seorang pembaca yang sedang mencari pekerjaan tetap: Tanpa Nama Khamis, Disember 22, 2011 11:45:00 AM   as salam, saya ingin bertanya, doa manakah yang sesuai utk di amalkan kalau dalam proses mencari pekerjaan kalau boleh saya nak pekerjaan yang tetap, bukan temp beberapa bulan macam sekarang sehingga kini belum ada rezeki saya utk dapat mana2 kerja Doa ini juga boleh diamalkan kepada yang belum lagi mendapat jodoh. Selain dari "Doa Pendekat Jodoh" yang ada dalam blog ini. Boleh juga baca doa ini kerana jodoh seseorang itu pun dikira rezki.  Cara-cara mengamalkan : Bacalah setiap kali selepas solat.  1. Dimulakan dengan Istighfar-100x.  2. Shalawat Nabi 100x. 3. Surah Al-Waqiah-1x. “ROBBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHOIRIN FAQIIR”.  Maksud : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan."(Surah Al-Qashash: Ayat 24) Surah Al-Waqiah Wasallam.

DOA BENTENG SIHIR, DOA PENAWAR SIHIR JARAK JAUH DAN KAEDAH MEMBUAT MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAWAR SIHIR

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Dalam rancangan "Tanya Ustaz" minggu ini yang bertajuk "Indah Perubatan Islam" . Ustaz Sarhan Shafie memberitahu penggunaan "minyak zaitun" sebagai penawar untuk mengubatkan orang yang terkena sihir. Minyak zaitun yang telah diruqyahkan boleh disapukan kepada bahagian anggota-anggota yang sakit akibat sihir seperti sakit dibahagian tangan, kaki, kepala dsbg. Salah satu doa yang diberikan oleh Ustaz Sarhan iaitu dari Surah Yunus, ayat 81 yang captain pernah gunakan dalam kaedah membuat "Air Penawar" ( DISINI ).  Doanya ini captain perolehi 16 tahun dahulu dari seorang ustaz. Beliau yang selalu dikunjungi oleh Kerabat-kerabat Diraja Negeri Kedah untuk mendapatkan rawatan. Berketurunan Siam Islam berasal dari Utara Bangkok yang telah mengubat captain suatu ketika dahulu dari serangan tiga serangkai iaitu serangan sihir bomoh Siam, bomoh orang Asli dan bomoh Indonesia.  Kenapa captai...

DOA-DOA UNTUK RAWATAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN SAKIT JANTUNG

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ N3 kali bersambung lagi dari rancangan TV "Tanya Ustaz" iaitu "Indah Perubatan Islam" oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie . Yang sempat captain catatkan kali ini berkaitan "Doa Rawatan" untuk penyakit  Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung.   Marilah kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau. Kata ustaz kalau tak silap dengar oleh captain. Jika sudah berusaha secara moden masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli buku beliau yang baru berada di pasaran bertajuk  "Indah Perubatan Islam". Cara-caranya: Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT. DOA 1. Ya ayyuha annasuqad jaatkum mawAAithatun min rabbikum washifaonlima fee assudoori wahudan warahmatunlilmu/mineen Maksudnya : "Wahai um...

DOA-DOA DAN AMALAN UNTUK SUAMI ISTERI YANG MENGHADAPI KRISIS RUMAHTANGGA YANG BERAT

Image
Open publication - Free publishing - More cerai السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ N3 ini dibuat atas permintaan seorang hamba Allah yang menghadapi krisis rumahtangga yang berat. Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT yang telah meluahkan isi hatinya melalui email supaya diberi Allah SWT kesabaran yang tinggi kepadanya dan sama-sama kita mendoakan rumahtangganya kembali aman sejahtera.  Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda:  Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut, berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga. Jika anda sayangkan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Maka carilah jalan dan ikhtiar mengatasi dengan sebaik-baiknya. Jangan korbankan kasih sayang anak-anak dengan jalan penyelesaian yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu "CERAI".  Ujian Allah SWT kepada hambaNya datang berbagai bentuk. Yang kay...

Visitor

Online

Related Post