Posts

Showing posts from July 31, 2016

Featured Post

Komik Islami Modern

Image
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. Sungguh beruntung orang yang banyak diam Ucapannya dihitung sebagai makanan pokok Tidak semua yang kita ucapkan ada jawabnya Jawaban yang tidak disukai adalah diam Sungguh mengherankan orang yang banyak berbuat aniaya Sementara meyakini bahwa ia akan mati Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Seseorang mati karena tersandung lidahnya Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya (hadits no. 6474) dari Sahl bin Sa’id bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ “Barang siapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) sesuatu yang ada di antara dua janggutnya dan dua kaki...

CARA UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI BARANG YANG TELAH DICURI

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ U ntuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, hendaklah membuat seperti berikut: 1. Anda mesti mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri. 2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali. 3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, anda hendaklah pula membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali. 4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini. 5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 7 kali. 6. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali. 7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:  "Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang (Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin". Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas, Insha Allah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri. Wasallam. Kiriman dari seorang pembaca. Boleh juga dilakukan. Doa dari CikGu Aliaazuan. اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ...

DOA HINDARKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR/SANTAU/JIN/SAKA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa ini untuk memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/IBlis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah As Saffat, ayat 7. Semuga dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sehat terutama waktu maghrib. Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan. Wahifthan min kulli shaytaninmarid Maksudnya : Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka, TANDA-TANDA TERKENA SIHIR Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak...

AYAT-AYAT DARI SURAH INI JIKA DIBACA DAPAT MENGHALANG SYAITAN DARI MEMASUKI RUMAH ANDA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin Jabal menyatakan bahawa Rasulullah  s.a.w. telah memberikan tamar sedekah kepadanya untuk dijaga. Tamar yang  diletakkan dalam sebuah bilik itu didapati semakin berkurangan setiap hari.  Lalu ia mengadu kepada baginda. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa itu adalah perbuatan syaitan Ialu menyuruhnya menunggu. Pada waktu malam datanglah satu lembaga menyerupai gajah.  Apabila tiba ke pintu, lembaga itu masuk melalui celah-celah pintu setelah bertukar daripada rupa asalnya. Apabila ditangkap dan diberi amaran untuk dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w., lembaga itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.  Pada keesokan harinya apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apakah yang telah dilakukan olehnya terhadap orang tawanannya itu, Muaz berkata bahawa lembaga itu telah dilepaskan setelah ia berjianii tidak akan datang lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab bah...

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja didalam hati hajat kita sebagaimana yang yang biasa dilakukan oleh Rasulullah S.A.W memanjangkan sujudnya memperbanyakan zikir dan doa dengan didalamnya. Rasulullah SAW bersabda:   "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah dikala ia sujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakaan doa didalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SWT untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk di amalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. " Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanafaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar". Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manafaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan...

DOA TAUBAT NASUHA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Taubat adalah kembali kepada Allah SWT setelah melakukan maksiat. Taubat merupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah SWT, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad SAW telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi:   "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)." Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah SWT. Dengan segala rahmatnya, Allah SWT memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan ...

CARA MEMBACA YAASIN YANG BETUL KETIKA SESEORANG MENGHADAPI SAKARATUL MAUT DAN FADHILATNYA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Atho Bin Abi Rabaah 'Rahmatullah alaih' telah berkata bahawa beliau telah mendapati sebuah hadith  menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Yaasin di awal hari, maka hajatnya akan ditunaikan (oleh Allah s.w.t). Sheikh Zakaria 'Rahmatullahi alaih' telah menjelaskan syarahan tentang hadith ini; "Berbagai-bagai kelebihan Yaasin telah disebutkan di dalam berbagai-bagai hadith, diantaranya ialah; Setiap sesuatu mempunyai hati, hati Al-Quran ialah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, Allah akan menuliskan ganjaran baginya seolah-olah dia telah membaca sebanyak 10 kali khatam Al-Quran" Dalam sebuah hadith lagi, menyatakan bahawa Allah s.w.t membacakan Surah Taha dan Surah Yaasin seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengar berita ini, mereka telah berkata, "Amat bertuahlah ummat yang akan menerima Nuzul Al-Quran, bertu...

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL-KAFIRUN

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 1. Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya: 2. Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik. 3. Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun. 4. Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya. 1. Menyamai Seperempat Al-Qur’an Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” (HR. At-Tarmizi r.a.) Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” (HR. Al Hakim). Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapayang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan d...

CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN

Image
Cara ini telah diajar oleh seorang sahabatku semasa aku membeli sebuah kereta baru yang pertama dahulu. Katanya kenderaan yang kita bawa hari-hari untuk mencari rezeki dan membawa keluarga perlu dibersihkan dan didoakan agar ia selamat dinaiki. Jauhkan dari kemalangan dan untuk mengelakkan ditumpang oleh penumpang yang tak diingini ketika memandu seorang diri di waktu tengah malam.  Sila lakukan seperti berikut:- Sediakan air dalam satu bekas. Setelah sediakan air, bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-  Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.  Dari depan ke kiri.  Dari kiri ke belakang.  Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu. Apabila anda telah lak...

DOA MENGHINDARKAN DIRI DARI ILMU PUKAU

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa ini juga dikenali sebagai Doa Elak Mudarat yang baik dibaca pada setiap kali selepas solat subuh dan solat Maghrib sebanyak 3 kali. Amalkan tiap-tiap hari sebagai amalan yang baik untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga.  Pada ketika ini yang serba serbi mahal dan memerlukan duit untuk menampung kehidupan harian yang mencabar dengan kenaikan kos sara hidup telah menjadikan sebahagian manusia mengambil jalan pintas mencari duit dengan menggunakan ilmu pukau untuk memukau mangsanya tidak kira lelaki atau wanita. Jadi berhati-hatilah jika ada individu yang tidak kenali menghampiri anda untuk melakukan tipu daya terhadap anda dengan berbagai taktik seperti menghembuskan asap rokok, menyuruh anda memegang batu cincin dan sebagainya yang tak terfikir oleh kita. Sihir pukau keatas mangsa selalunya terjadi dalam masa yang singkat dimana habis semua wang atau barang kemas yang dipakai diberikan atau diserahkan tanpa sedar kepa...

Visitor

Online

Related Post