Posts

Showing posts from June 12, 2016

Featured Post

Komik Islami Modern

Image
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. Sungguh beruntung orang yang banyak diam Ucapannya dihitung sebagai makanan pokok Tidak semua yang kita ucapkan ada jawabnya Jawaban yang tidak disukai adalah diam Sungguh mengherankan orang yang banyak berbuat aniaya Sementara meyakini bahwa ia akan mati Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Seseorang mati karena tersandung lidahnya Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya (hadits no. 6474) dari Sahl bin Sa’id bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ “Barang siapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) sesuatu yang ada di antara dua janggutnya dan dua kaki...

SELAWAT FATIH

Image
Selawat Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara yang sulit dalam sesuatu urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa' sebagai penyembuh kepada penyakit. Selawat Fatih selalu diamalkan oleh golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang serba serbi kurang dalam ibadah digalakkan mengamalkan.  Memang ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah. Fadhilatnya. 1. Barang siapa membaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang 5 waktu, segala dosa2 kecilnya diampuni Allah s.w.t dan tenteram hati dan jiwanya. 2. Barang siapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab ...

DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Khas buat pembaca "TANPA NAMA" . Masalah mereka dengan pasangan masing-masing dalam komen di blog dahulu. 1. Salam Capt, blh tak bagi doa pengasih jarak jauh untuk suami, masalah saya, suami saya bila dia berada di tempat kerja atau out station mmg takkan hubungi @ sms saya bertanya khbr, sebagai isteri apalah slhnya dia sms @ hubungi saya wpun sekejap... Bila dia ada di luar dia seolah2 lupa pada saya n keluarga...  2. Salam ustaz... saya ada seorang kekasih dan kami berkawan sudah 3tahun. saya tahu dia wanita yang terbaik untuk saya tetapi sejak akhir2 ni perasaan sayang dan cinta saya pada dia tiba-tiba hilang, sedangkan dia x ada buat apa2 silap kepada saya. Ada tak apa-apa doa supaya perasaan cinta saya kepada dia datang kembali. Terima kasih. 3. sekiranya lelaki meminta dari hari ke hari... bulan ke bulan tetapi tidak mendapat apa apa atas alasan keletihan bagaimana???? bila si suami tidur di tmpat lain s...

DOA INI SEBAGAI PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT

Image
Maksiat adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, tercela dalam syariat Islam, dan pelakunya akan mendapat dosa. Maksiat juga menghalang hidayah. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata: "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". ” Maksiat menyebabkan maksiat lain pula. Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.  Orang yang pernah bertaubat kadang-kadang terjebak lagi dengan maksiat...

DOA SYUKUR NIKMAT

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan usia dan moga-moga dipanjangkan usia seterusnya supaya dapat terus beribadat dan menikmati anugerahNya.  Jika direnungkan secara mendalam, ternyata memang banyak nikmat Allah SWT yang telah kita terima dan gunakan dalam hidup ini. Demikian banyaknya sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Allah SWT berfirman,  ''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (Surah An Nahl: Ayat 18). Hakikat syukur adalah menampakkan nikmat dengan menggunakannya pada tempat dan sesuai dengan kehendak pemberinya. Sedangkan kufur adalah menyembunyikan dan melupakan nikmat. Allah SWT berfirman, ''Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan,  "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (...

DOA DAN SURAH-SURAH DIBACA UNTUK WANITA YANG AKAN MELAHIRKAN ANAK

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ " Kami ambil daripada Kitab Ibn Sunny, daripada Fatimah R.A. Bahawasanya Rasulullah SAW pada waktu Fatimah hampir melahirkan anaknya, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bin Jahsy (kedua isteri nabi) untuk datang dan kedua-duanya membaca disisi Fatimah ayat kursi dan ayat "inna robba sampai akhir ayat (Surah Al-Araaf ayat 54) serta surah Al-Falaq dan Surah An-Naas" 1. Ayatul Kursi . 2. Surah Al-A'Raaf: Ayat 54. Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy[548]. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. 3. Surah Al Falaq. 4. Surah An Naas . Wasallam.

DOA UNTUK PERBANYAKKAN SUSU IBU

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Memberi susu ibu sendiri kepada anak adalah lebih baik daripada memberi susu tepung. Khasiat susu ibu jika berbanding susu tepung banyak kelebihannya. Ibu yang menyusukan bayinya dapat menghindarkan kanser payudara. Bagi menambahkan dan memperbanyakkan susu ibu marilah mengamalkan doa ini. Moga-moga diperbanyakkan. Wa-ithi istasqa moosaliqawmihi faqulna idrib biAAasaka alhajarafanfajarat minhu ithnata AAashrata AAaynan qadAAalima kullu onasin mashrabahum kuloo washraboomin rizqi Allahi wala taAAthaw fee al-ardimufsideen Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan. Cara-cara mengamalnya : Berd...

DOA SEMUGA ADA JODOH KITA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Banyak perhubungan cinta putus ditengah jalan dan berakhir dengan kekecewaan walaupun nampak akan kekal sebagai pasangan hidup. Jangan biarkan ikatan perhubungan itu longgar. Ushalah dengan berdoa kepada Allah SWT supaya menjadi milik anda.   Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa. Maksudnya : Surah Al Anbiyaa: Ayat 89 "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.   Surah Taha: Ayat 131  Dan janganlah kamu tujukan kedua ma...

DOA DIJAUHKAN DARI MELAKUKAN DOSA-DOSA KECIL DAN BESAR UNTUK MOHON KEAMPUNANNYA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Setiap anak Adam tidak lari daripada membuat dosa-dosa kecil mahupun dosa-dosa besar yang disedari atau tidak disedarinya. Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Pengaseh. Maka bertaubatlah setiap kali selepas solat supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.  Banyak-banyak beristaghfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari atau sekurang-kurangnya 10 kali setiap kali selepas solat. Jika ditunggu hari dan masa yang sesuai untuk bertaubat, mungkin entah bila dapat dilakukan taubat nasuha. Tapi sebagai hambaNya yang lemah, setiap kali melakukan dosa-dosa besar. Kenalah bertaubat takut tak sempat.  Sebagai menjaga diri dari terjebak dengan dosa-dosa besar. Doa-doa dibawah ini dapat memperkuatkan azam dan mengawal nafsu amarah dari mengulangi dosa-dosa tersebut. . 1: SURAH AL MUKMINUN: AYAT 106 2: SURAH AL MUKMINUN: AYAT 107 3: SURAH AL MUKMINUN: AYAT 109 4. DOA NABI ADAM A.S Maksudnya : 106. "Ya Tuhan kami, kami telah...

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT DARI MUSUH DALAM SELIMUT

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Awas! musuh dalam selimut. Dihadapan nampak baik, dibelakang tuhan sahaja yang tahu. Musuh dalam selimut mungkin kawan yang rapat dengan kita. Dihadapan lembut cakapnya. Pijat semut tak mati tapi dibelakang segalanya tak disangka. Sanggup tikam kawan dari belakang. Spesis kawan yang macam ni, perlu berhati-hati.  Jangan diluahkan segala rahsia dan kelemahan anda. Nanti dibelakang anda diburuk-burukkan perihal diri anda. Memang susah nak dijangka akibatnya. Anda harus hati-hati. Siapa tahu dia hanya memanfaatkan persahabatan ini untuk mendapatkan keuntungan sahaja tetapi tidak ikhlas terhadap anda. Amalkan doa ini supaya musuh dalam selimut menjauhkan dan menjarakkkan dirinya dengan anda. Allaahumma innii auudzu bika min khaliilin maakirin 'ainaahu tarayaani wa qalbuhu yar aani. In ra aahasa natan dafanahaa, wa in ra aa sayyiatan adzaa'ahaa. Maksudnya : Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu, daripada teman karib y...

DOA MEMOHON KESEMBUHAN PENGLIHATAN

Image
Mata ialah pancaindera yang sangat penting. Tanpanya kita akan kehilangan nikmat Allah SWT dan tidak dapat melihat keindahan yang Allah ciptakan untuk hambaNya. Ada yang buta dari kecil dan ada juga yang buta setelah kerosakan akibat dari penyakit mata, kemalangan dan semakin berusia mata akan menjadi kabur dan terpaksa menggunakan cermin mata. Bagi yang membuat pembedahan mata untuk kembali sembuh eloklah diamalkan doa ini sebelum membuat pembedahan dan rawatan. Yang menggunakan komputer berjam-jam lamanya juga baik baca doa ini supaya mata sentiasa terang dan baik penglihatannya. Diriwayatkan dari kitab Tirmizi dan Ibn Majah daripada Usman bin Haniff R.A bahawa seorang laki-laki yang penglihatannya sudah lagi tidak terang dan (hampir buta) telah datang kehadapan Nabi SAW dan berkata: "Doakan aku kepada Allah agar Allah memberikan kesembuhan kepada mata aku ini" Berkata Nabi SAW: "Jika engkau mahu, aku akan doakan dan jika engkau mahu bersabar, itu lebih bai...

DOA MENUTUP DAN MEMBUKA PINTU HATI

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ N3 khas ini untuk pembaca ku yang meluahkan perasaan mereka melalui komen-komen yang sangat terharu. Satu N3 atas tajuk ini sangat penting kerana "Pintu hati" adalah lorong dan laluan kepada jalan kebaikan atau kejahatan. Jika pintu hati tertutup kepada jalan kemungkaran. Maka seseorang itu akan meninggalkan segala maksiat dan perkara-perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT. Maka ia akan menjadi seorang muslim yang baik disisi Allah SWT. Begitu juga jika pintu hati terbuka kepada perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT maka ia akan menjadi kufur kepada Allah SWT dan matinya sebagai orang kafir. Itulah yang paling malang buat dirinya bila ia kembali ke alam barzah. Pintu hati yang tertutup kepada cahaya keimanan susah untuk mendapat hidayahNya. Apabila tertutup pintu hatinya maka hatinya akan mati dan tertutuplah segala pintu kebaikan dan terdoronglah melakukan kemungkaran. Ciri manusia ya...

DOA MELAKUKAN PERJALANAN DAN MEMOHON KESELAMATAN UNTUK KELUARGA YANG DITINGGALKAN

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kepada suami yang selalu bertugas "out-station" dan meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Selalu berharapkan dan berpesan kepada saudara terdekat untuk menjaga keluarganya semasa ketiadaannya.  Pada situasi sekarang yang sering berlaku seperti kes pecah rumah, kes culik seperti Nurin Jazlin, kebakaran dan apa saja insiden amat merisaukan hati suami. Selalu berharap keluarga yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dan sehat sejahtera sehingga ia selesai menjalankan tugasnya. Kepada pasangan suami-isteri yang bekerja dan meninggalkan anak-anak kecil mereka kepada "maid" Indon atau di rumah pengasuh, bacalah doa ini selepas menghantar mereka atau sebelum ke pejabat supaya anak-anak di rumah atau pun di sekolah selamat dipelihara Allah SWT.  Anak-anak ibarat permata yang tidak ternilainya. Jika berlaku sesuatu kepada mereka sepanjang ketiadaan kita, tiada wang ringgit yang boleh mengantikan...

DOA KESEMBUHAN BAGI PESAKIT BUAH PINGGANG

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Buah pinggang adalah satu organ yang amat penting dan TUGAS buah pinggang tidak sekadar menapis darah dan menyingkir bahan beracun daripada badan, tetapi juga mengekalkan keseimbangan elektrolit, pH dan tekanan darah. Ia ibarat "oil filter" bagi sebuah kereta supaya kereta itu berjalan dengan baik. Begitulah juga buah pinggang kita yang menapiskan segala toksid dalam darah dan membekal darah yang bersih pada otak dan organ-organ lain supaya seseorang itu sehat. Jika buah pinggang tidak elok dan rosak. Orang itu akan mengalami masalah kesihatan kerana darahnya kotor mengandungi racun yang menyebabkan ia tidak sihat dan menjejaskan organ-organ yang penting.   Sebelum buah pinggang rosak dan menjejaskan kesihatan anda, elok amalkan ayat-ayat ini supaya buah pinggang berada dalam keadaan baik ditambahkan lagi doa syifa yang mana pengamal doa syifa terhindar dari sebarang penyakit kecuali kematian.  Cara-cara rawat...

Visitor

Online

Related Post