Posts

Showing posts from July 10, 2016

Featured Post

Komik Islami Modern

Image
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. Sungguh beruntung orang yang banyak diam Ucapannya dihitung sebagai makanan pokok Tidak semua yang kita ucapkan ada jawabnya Jawaban yang tidak disukai adalah diam Sungguh mengherankan orang yang banyak berbuat aniaya Sementara meyakini bahwa ia akan mati Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Seseorang mati karena tersandung lidahnya Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya (hadits no. 6474) dari Sahl bin Sa’id bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ “Barang siapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) sesuatu yang ada di antara dua janggutnya dan dua kaki...

DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI ATAU SUAMI YANG BAIK

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain.  Yang lebih malang selepas berkahwin tidak sampai dua tahun sudah panjat pejabat agama dan akhirnya bercerai. Jika begitu mereka ini yang bercerai tidak ada jodoh ke? Tidak pernah baca doa mendapat jodoh yang baik atau pakai tangkap muat sahaja. Tengok muka licin dan berharta, itu jodoh aku barangkali?? Tak pernah buat solat Istikharah sebelum berkahwin?. Atau pakai berserah sahaja tanpa berusaha. Nak minta perlu ada usaha iaitu doa. Doa adalah ibadah dan senjata orang-orang mukmin.  Sekiranya kita memohon dan berusaha ...

DOA ELAK SIHIR TAFRIQ (PEMISAH SUAMI ISTERI)

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.  Hati orang kita tak tahu. Dihadapan kita nampak baik sahaja tetapi dibelakang kita, niat jahat mereka setelah tengok suami-isteri ini dengan kehidupan yang bahgia dan diberi Allah rezeki yang melimpah.  Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian. Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan i...

DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dalam rancangan TV9 iaitu RAUDAH yang dihostkan oleh Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah tentang tajuknya "TANGGANG MODEN, SALAH SIAPA". Sebelum akhir rancangan, Ustazah ada memberi dua doa untuk diamalkan oleh ibubapa untuk memperolehi anak-anak yang soleh. Doa dari Surah Shafaat (Ayat 100) dan Surah Ali-Imran (Ayat 38). Dan tambahan dari penulis Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan sembahyang dari Surah Ibrahim (Ayat 40-41). Anak-anak yang sembahyangnya ikut mood, kadang-kadang sembahyang dan kadang-kadang tidak sembahyang, baik kita bacakan doa ini selalu. Kepada anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa. Anda amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah. 1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100) Terjemahannya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yan...

DOA AGAR DAPAT BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW

Image
Hasrat kita untuk berjumpa  Rasulullah SAW  di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur. Terjemahan : Ya Allah, perlihatkan kepadaku wajah nabiMu dan KekasihMu Muhammad SAW dalam mimpiku. Faedah beberapa surah di dalam Al-Qur’an untuk tujuan berjumpa (Mimpi) kepada Rasulullah SAW. 1. Surah Al-Kautsar. Barangsiapa membacanya dimalam hari 1.000 kali, maka dia akan bermimpi melihat Nabi SAW. (Mujarab Shahih) 2. Surah Al-Muzammil. Barangsiapa ingin melihat Nabi SAW maka bacalah surah itu sebanyak 41 kali. Maka dia pasti akan melihat beliau SAW. (Mujarab shohih) 3. Surah Al-Qadr. Dibaca pada malam jum’at 1.000 kali maka dia tidak akan mati sebelum melihat Nabi SAW. (Mujarab) 4. Surah Al- Quraish. Dibaca malam jum’at 1.000 kali, kemudian tidur dalam keadaan suci maka dia akan melihat Nabi SAW didalam tidurnya dan tercapai maksud serta tujuannya. (Muja...

DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat adalah seperti sebatang pokok yang rendang tetapi tidak berbuah. Jangan bersedih hati seandainya belum berhasil lagi selepas beberapa tahun berkahwin. Hendaklah berusaha dengan berjumpa pakar perubatan dan membuat pemeriksaan untuk mendapat nasihat agar dapat mengandung. Disamping itu berusaha juga secara tradisional dengan berjumpa bidan kampong untuk membetulkan kedudukan rahim. Akhir sekali selepas semua usaha-usaha tersebut diatas dilakukan berdoalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh supaya diberikan zuriat. Amalkan ayat-ayat dibawah ini selepas setiap kali selepas solat. InsyaAllah Allah mendengar permintaan hambaNya. 1. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89). Maksudnya: Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata;  Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meningg...

Visitor

Online

Related Post