Posts

Showing posts from June 26, 2016

Featured Post

Komik Islami Modern

Image
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. Sungguh beruntung orang yang banyak diam Ucapannya dihitung sebagai makanan pokok Tidak semua yang kita ucapkan ada jawabnya Jawaban yang tidak disukai adalah diam Sungguh mengherankan orang yang banyak berbuat aniaya Sementara meyakini bahwa ia akan mati Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Seseorang mati karena tersandung lidahnya Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya (hadits no. 6474) dari Sahl bin Sa’id bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ “Barang siapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) sesuatu yang ada di antara dua janggutnya dan dua kaki...

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI

Image
Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh para ibubapa. Kadangkala ibubapa juga disergah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu.  Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin juga kerana masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh ibubapa.  Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah SWT untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya. Jangan berdoa dan minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya.  Bagi yang tidak boleh membaca "Doa melembutkan hati" iaitu Surah Taha ayat 1 - 5 dengan baik. Lakuka...

DOA HILANGKAN SAKIT GIGI

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa ini baik bagi menghilangkan sakit gigi, gigi berlubang. Kadang-kadang gigi yang elok pun sakit kerana saraf gigi terganggu oleh minuman sejuk, badan terlampau panas dsbgnya. Dengan mengamalkan dan membaca doa ini  dengan kahfiat ayat dari  Surah Al Mulk, Ayat 23. Caranya : Bila sakit gigi berdenyut, pegang bahagian yang sakit dan baca doa ini tiga (3) kali. Atau ambil air kosong masuk sedikit garam, baca doa ini sebanyak tiga (3) kali. Sebelum itu salawat dahulu  tiga kali (3) dan kumur sehingga hilang sakit. InsyaAllah sakit akan hilang dengan izin-Nya. Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". Sekian, Wasallam. 

DOA UNTUK MENYEMBUH PENYAKIT JANTUNG DAN SAKIT DALAM BADAN

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 dalam Al-Quran terdiri dari 11 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang ertinya "waktu matahari sepenggalahan naik". Surat Adh-Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu. Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan. Dibaca sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang lemah dan masalah penyakit dalam badan - dibaca 25 kali pada segelas air dan diminum oleh orang yang sakit. InsyaAllah. Lakukan selepas setiap kali solat wajib.  Surah dan amalan ini, diamalkan oleh ibu saudara penulis yang kembali kerahmatullah 4 tahun yang lepas pada usia 125 tahun. Walaupun arwah berusia 125 tahun. Arwah tidak nyanyuk dan kua...

DOA UNTUK ELAK SUAMI ISTERI DAN ANAK-ANAK BERGADUH

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kata pepatah: "Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri." Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal.  Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian. Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari...

DOA TIDAK TERBAKAR OLEH API YANG DIBACA OLEH NABI IBRAHIM AS SERTA DOA RAWATAN TERBAKAR DAN MELECUR

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ibn Abbas bahawa dia berkata: Ucapan terakhir Nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalam api ialah: حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ Bermaksud :  "Memadailah bagiku Hanya Allah (sebagai penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung."  Raja Namrud mati akal ketika berhujah dengan Nabi Ibrahim berikutan semua pertanyaan yang dikemukakannya kepada Ibrahim dijawab mengikut logik akal.  Bagaimanapun, Namrud yang mengheret Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan menghancurkan berhala yang disembah kaumnya tetap mahu menghukum Ibrahim. Justeru, Namrud memerintahkan tenteranya supaya menangkap Ibrahim untuk dibakar hidup-hidup.  Rakyat dikerah mengumpulkan kayu untuk tujuan pembakaran itu. Ibrahim dicampak ketika api marak di hadapan orang ramai yang menyaksikannya dengan penuh gelisah. Walaupun berada dalam api yang marak, Ibrahim tidak terbakar, malah dirasakannya bertambah...

DOA MENJAGA DARI GANGGUAN ULAR DAN BINATANG BISA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ular adalah binatang yang sangat ditakuti oleh manusia dari dahulu lagi. Sejak Nabi Adam AS lagi, Iblis telah menyamar menyerupai ular untuk masuk ke dalam syurga untuk menggoda Nabi Adam AS dan Hawa supaya melanggar perintah Allah SWT iaitu memakan buah khuldi. Dipendekkan cerita, Nabi Adam AS dan Hawa dihukum Allah SWT untuk turun ke dunia kerana mengingkari arahanNya. Penulis telah mengamalkan doa menjaga diri dari gangguan ular dan binatang bisa sejak dari dahulu lagi semasa dalam perkhidmatan tentera. Setiap kali latihan atau operasi, sebelum melangkah keluar kem inilah diantara ayat-ayat yang dibaca terlebih dahulu. InsyaAllah dilindungNya sehingga kini. Salaamun 'alaa Nuuhin fil' aalamiin innaka haamidum majid Maksudnya : Selamat sejahtera kepada Nabi Nuh di alam semesta CARANYA : Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali sebelum melangkah keluar dari rumah atau ke dalam kawasan yang semak seperi kebun getah/lad...

DOA SUPAYA SUAMI TETAP SETIA PADA YANG SATU

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Disini captain dapatkan satu doa dari Surah Taha ayat 109. Bacalah doa ini wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pulak. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya. Kita merancang , Allah juga merancang untuk kita dan Dia jugalah sebaik perancangan untuk kita. Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terjemahannya : Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataa...

DOA UNTUK HINDARKAN DARI TERKENA SEBARANG JENIS ILMU HITAM-SIHIR

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sihir adalah dosa yang kedua terbesar selepas syirik. Orang yang mengamalkan ilmu sihir selalunya mendapatkan pertolongan dari Syaitan dan Jin. Selalunya makhluk halus inilah yang menolong melakukan kerja-kerja sihir seperti yang diarahkan untuk merosak, memecah belah keluarga, menyakiti dan membunuh insan lain kerana sakit hati atau dengki supaya tercapai niat busuknya. Ilmu sihir ada bermacam-macam seperti santau angin yang menggunakan jin supaya mangsa diracun. Ilmu sihir tafriq untuk memecah belah pasangan suami isteri dan terus bercerai. Pukau supaya mangsa senang dirompak dan banyak lagi nak disebutkan disini dan yang paling selalu kita dengar digunakan untuk menjatuhkan perniagaan seseorang itu yang sedang maju sehingga perniagaannya gulung tikar seperti restoran makanan yang selalu berlaku kepada orang-orang melayu kita. Dalam rancangan "TANYALAH USTAZ" . Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz ada memberitahu baha...

DOA SUPAYA ORANG MENGHORMATI DAN DICINTAI OLEH SEKALIAN MANUSIA.

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SURAH AL- ANFAL   "Barang siapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia."   Setiap dari kita mahu orang lain mencintai kita sepenuh hati begitu juga kita mencintai seseorang itu. Ada bermacam-macam cara dilakukan untuk menarik perhatian. Ada yang menggunakan minyak pengasih, minyak dagu, minyak cenuai dan disapu pada orang lain supaya suka kepada kita. Semua minyak-minyak pengasih ini hanyalah berguna untuk jangkamasa yang terhad sahaja. Habis "power" maka terserlahlah kebencian pula. Takut-takut yang menggunakannya terlibat dengan sihir. Maka tak tertanggung dosa besar itu.  Ada sesetengah orang yang menggunakan susuk supaya orang lain suka dan hormati padanya. Bila dipandang nampak cantik dan manis. Tapi pantang larangnya banyak pula seperti tidak boleh lalu bawah ampaian baju. Tidak boleh makan pisang emas. Makan sate pun kena ambil ...

MELARISKAN PERNIAGAAN ANDA - SURAH AL-FAATHIR AYAT 29 DAN 30

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SURAH FAATHIR  "Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya." Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali.  Tidak payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut. Inna allatheena yatloona kitabaAllahi waaqamoo assalatawaanfaqoo mimma razaqnahum sirran waAAalaniyatanyarjoona tijaratan lan taboor (29) Liyuwaffiyahum ojoorahum wayazeedahum min fadlihiinnahu ghafoorun shakoor (30) Terjema...

DOA KESELAMATAN DIRI DIJAUHKAN DARI PERKARA BURUK: BOT KARAM-KECURIAN-SERANGAN MUSUH

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Surah Al-Mu'minun  1. Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Surah Al-Mu'minun: Ayat 28 2. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh. Ayat 28 dari surah ini hendaklah menjadi sebahagian doa kita untuk menjaga keselamatan diri, ahli keluarga, harta dan nyawa. Jika terdaya baca semua surah Al-Mu'minun. Malang tidak berbau. Sekiranya terjadi kepada diri dan ahli keluarga yang selalu menggunakan jalan air seperti di Sungai Sarawak atau mencari nafkah di laut terutama sekali kerja-kerja menangkap ikan seperti nelayan. Atau yang selalu bawa famili bercuti di pulau-pulau.  Begitu juga kita menghalang rumah dari dimasuki perompak serta serangan musuh seperti dirompak dan dibunuh. Harian Metro semalam melaporkan taktik ...

SHALAWAT KAMALIYAH

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Barang siapa yang selalu membaca shalawat kamaliyah 70 kali di waktu antara solat maghrib dan isya', Allah SWT akan memberikan kekuatan dalam hal hafalan / hafalannya kuat, tidak mudah lupa. Allahumma sholli wasallim wabaarik 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa'alaa aalihii kamaalaa nihaayata lika maalika 'adada kamaalihi. Artinya: Ya Allah limpahkanlah rahmat keselamatan dan berkah kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada keluarganya sebagaimana tiada batas akhir bagi kesempurnaanMu, sebanyak hitungan kesempurnaanNya. Manfaat dan fadhilat shalawat ini adalah : Apabila dibaca satu kali pahalanya sama dengan membaca shalawat 10000 (sepuluh ribu) kali, apabila dibaca 700 (tujuh ratus) kali dapat menjadi tebusan bebas dari api neraka. Jazakallahu khairan.

DOA UNTUK PESAKIT JANTUNG SUPAYA SEMBUH

Image
Surah Ar- Ra'd "Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh". Terjemahannya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Lazim-lazimlah membaca surah ini selalu kepada mereka yang mengidap sakit jantung. Penyakit ini tidak kira usia muda atau yang tua. Ada yang baru berumur 20 tahun pun sudah ada sakit jantung. Pengambilan makanan harian seperti makanan yang banyak minyak dan lemak yang tinggi akan menyebabkan risiko sakit jantung yang kronik.  Yang malas bersenam sekurang-kurangnya lakukan senaman yang ringan seperti berjalan laju jika ada kesempatan di taman-taman yang berdekatan rumah anda. Tak perlu berlari laju takut-takut jantung anda tak dapat menampung tekanan. Mari kita baca maklumat berkenaan yang diambil dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pengetahuan kita bersama. ...

Visitor

Online

Related Post