Posts

Showing posts from June 19, 2016

Featured Post

Komik Islami Modern

Image
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. Sungguh beruntung orang yang banyak diam Ucapannya dihitung sebagai makanan pokok Tidak semua yang kita ucapkan ada jawabnya Jawaban yang tidak disukai adalah diam Sungguh mengherankan orang yang banyak berbuat aniaya Sementara meyakini bahwa ia akan mati Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Seseorang mati karena tersandung lidahnya Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya (hadits no. 6474) dari Sahl bin Sa’id bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ “Barang siapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) sesuatu yang ada di antara dua janggutnya dan dua kaki...

SHALAWAT NARIYAH

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Shalawat Nariyah adalah sebuah shalawat yang disusun oleh Sheikh yang satu ini hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga termasuk salah satu sahabat Nabi SAW. Beliau lebih menumpu bidang ketauhidan. Shikh Nariyah selalu melihat kerja keras nabi dalam menyampaikan wahyu Allah, mengajarkan tentang Islam, amal saleh dan akhlaqul karimah sehingga sheikh Nariyah selalu berdoa kepada Allah SWT memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk Nabi SAW. Doa-doa yang menyertakan nabi biasa disebut shalawat dan sheikh Nariyah adalah salah satu penyusun shalawat nabi yang disebut Shalawat Nariyah. Suatu malam sheikh Nariyah membaca shalawatnya sebanyak 4444 kali. Setelah membacanya, beliau mendapat karomah dari Allah SWT. Maka dalam suatu majlis beliau mendekati Nabi Muhammad SAW dan minta dimasukan syurga pertama kali bersama nabi. Dan Nabi pun mengiyakan. Ada seseorang sahabat yang cemburu dan lantas minta didoakan yang sama sepert...

DOA MOHON KEAMPUNAN UNTUK SEKELUARGA

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Di bulan yang baik ini sama-sama kita berdoa untuk ahli keluarga kita, terutama kedua ibu bapa kita, dan semua ahli keluarga yang masih hidup dan yang telah kembali ke rahmatullah. Berdoa untuk saudara mukmin tampa pengetahuannya juga adalah satu amalan mulia.  Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahu pun hadith menyebut tentang galakan berdoa.  Firman Allah SWT yang bermaksud:  “Dan Tuhanmu berfirman: berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60).  Firman-Nya lagi yang bermaksud:  “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang apa yang diminta dan cara meminta).” (al-A’raf : 55). Doa Mohon Keampunan Untuk Sekeluarga Maksudnya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta...

DOA MOHON KETEGUHAN HATI TETAP DALAM IMAN

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman: Melawan hawa nafsu. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji. Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah. Doa ini hendaklah selalu dibaca setiap kali selepas solat. Surah Ali Imran Ayat 8 Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" . Peringkat-Peringkat Iman Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain. Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak ter...

DOA SUPAYA DITEMPATKAN DI SYURGA BERSAMA PARA NABI,PARA SIDDIQIN, PARA SHUHADA DAN ORANGX YANG SOLEH

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa pahala yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang taat kepada Nya dan kepada Rasul Nya, adalah suatu kurnia yang tidak ada tara dan bandingannya bagi yang ingin mencapainya dan Allahlah Yang Maha Mengetahui siapa yang benar-benar taat kepada Nya, sehingga berhak memperoleh pahala yang besar itu. Hingga terkait hal tersebut di atas,maka sebelum wafatnya Rasulullulloh berdoa agar boleh berjumpa dengan teman-teman tertingginya di akhirat kerana mereka adalah sebaik-baik teman sesuai dengan Annisa ayat 69 tersebut. Sebab turunnya ayat ini menurut riwayat At Tabari dan Ibnu Mardawaih dari ‘Aisyah ra. “Bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw dan berkata: “Ya Rasulullah sesungguhnya saya lebih mencintaimu dari diri saya dan anak saya. Apabila saya berada di rumah, saya selalu teringat padamu, sehingga saya tidak sabar dan terus datang untuk melihatmu. Dan apabila saya ter...

DOA PENERANG HATI

Image
Maknanya: “Ya Allah, bukakanlah keatas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.” Bacalah doa penerang hati ini sebelum memasuki dewan peperiksaan. Bacalah setakat yang mampu dengan mula bacaan Bismillah. Semuga anak-anak mendapat kejayaan dalam peperiksaan. Wasallam.

DOA MOHON DILAPANGKAN DADA

Image
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. Maksudnya: 25 - Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. 26 - Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. 27 - Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. 28 - Supaya mereka faham perkataanku. Doa ini dibaca juga untuk fasih bercakap kepada yang gagap,hilang gementar atau darah gemuruh bila bercakap dikhalayak ramai. Wasallam

AYAT-AYAT RUQYAH SYARIAH

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sebelum membaca ayat-ayat ruqyah, terlebih dahulu mengetahui tatacara meruqyah dan antara lain. Berwuduk terlebih dahulu kemudian membaca tawassul kepada Allah Azza Wa Jalla dengan zatNya. Firman Allah s.w.t.: "Bersabarlah, dan tidaklah sabar kamu melainkan dengan Allah" (An-Nahl: 127) Setelah itu letakkan tangan kanan di atas kepala orang yang di ruqyah itu dan apabila yang di ruqyah itu seorang wanita maka hendaklah kamu memakai sarung tangan. Kemudian baca ayat-ayat ruqyah dengan nada suara yang cukup di dengar oleh pesakit tersebut. 1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 ) 2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 ) 3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali. 4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 ) 5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 ) 6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 ) 7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 ) 8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 ) 9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali. 10. Surah Al-...

Visitor

Online

Related Post