Featured Post

Komik Islami Modern

Image
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam. Sungguh beruntung orang yang banyak diam Ucapannya dihitung sebagai makanan pokok Tidak semua yang kita ucapkan ada jawabnya Jawaban yang tidak disukai adalah diam Sungguh mengherankan orang yang banyak berbuat aniaya Sementara meyakini bahwa ia akan mati Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Seseorang mati karena tersandung lidahnya Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya (hadits no. 6474) dari Sahl bin Sa’id bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ “Barang siapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) sesuatu yang ada di antara dua janggutnya dan dua kaki...

DOA-DOA KESELAMATAN DIRI DARI TERLIBAT KEMALANGAN JALANRAYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pesanan arwah ayah captain dahulu, baca doa-doa ini untuk berulang alik ke tempat kerja. Jika berlaku kemalangan, Allah SWT akan melindungi kamu serta memelihara dari sebarang kecederaan. Pernah suatu hari pada tahun 1992, captain terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sidam Kanan ke Sungai Petani. Kereta yang dipandu oleh captain berpusing beberapa kali dan merempuh tiang letrik serta jatuh ke dalam parit yang dalam selepas hilang kawalan kerana jalan basah selepas hujan lebat.

Jika dilihat pada kereta yang remuk itu, memang sah pemandunya maut atau pun cedera parah sekiranya hidup. Insyaallah captain selamat dan tiada sedikit pun kecederaan dan tiada sebarang calar atau luka kena serpihan kaca. Seperti bangun dari tidur selepas mimpi ngeri. Itulah hebatnya kuasa Allah SWT. Kata arwah selepas sampai di rumah. Allah sayang kamu. 

Untuk pembaca setia, bacalah doa-doa ini semuga menjadi amalan ketika  keluar dari rumah untuk kemana-mana sahaja walaupun dekat atau jauh.

DOA-DOA INI YANG SELALU DIAMALKAN KETIKA KELUAR RUMAH UNTUK BERULANG ALIK KE TEMPAT KERJA YANG DIBERIKAN OLEH ARWAH. 

1. Doa Keluar Rumah.
2. Doa Menaiki Kenderaan Darat.
3. Doa Selamat Dari Sebarang Kecederaan.

1. DOA KELUAR DARI RUMAH.


Maksudnya:

"DENGAN NAMA ALLAH AKU MENYERAHKAN DIRIKU KEPADA ALLAH, TIDAK ADA DAYA UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH"

2. DOA MENAIKI KENDERAAN DARAT.




Maksudnya:

"MAHA SUCI ALLAH YANG MEMUDAHKAN INI BAGI KAMI DAN TIADALAH KAMI BERKUASA MEMPERGUNAKANNYA JIKA TIDAK KERANA KURNIA-MU. SESUNGGUHNYA KAMI AKAN KEMBALI KEPADA TUHAN KAMI."

3. DOA SELAMAT DARI SEBARANG KECEDERAAN.

"INNALLAZI FAROTHO A'LAI KALLQURANN NALAAROD DUKAA ILAII MAAD"

(Akan dimasukkan imagenya nanti beserta terjemahannya)

DOA TAMBAHAN DARI CAPTAIN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN ATAU DITIMPA KECELAKAAN.


Maksudnya:

"DENGAN NAMA ALLAH, TIADA , TIADA DAYA UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG"

Wasallam.

Comments

Visitor

Online

Related Post